Sunday 20 May 2012

Memory..im gonna miss you..

Assalamualaikum semua..:) Apa khabar iman anda semua?? Moga-moga di dalam kebahagiaan dengan tenangnya hati dan tingginya tahap ketaqwaan hari ini.. Memory..im gonna Miss you..membawa anda seperti di awang-awangan sedikit bagi mengimbas kembali memori-memori indah anda semua.. :') memang sedih kan bila terfikirkan semula memori-memori dan bibit-bibit indah di dalam kehidupan kita semua... Bersama kawan-kawan, tempat yang indah di mana amat dekat dengan keadaan kita di waktu itu.. suasana tempat tersebut.. rasa keindahan perasaan dan aura suasana yg sungguh mengasyikkan dan mengindahkan hari kita di saat itu.. Mungkin ada yang berfikir, memanglah..budak lepasan spm.. rindu sekolah lah tu.. Saya tidak hnya spesifik kepada memori kita di sekolah ya.. tetapi juga memori2 kita bersama keluarga, adik-beradik, sanak-saudara di kampung halaman ketika kita masih kecil.. lebih-lebih meriah lagi Memori ketika menjalani ibadah puasa bersama keluarga... dan juga sambutan hari Raya AIDILFITRI.. Alhamdulillah..indahnya hidup ini..

Pernahkah kita mensyukuri atas nikmat memori-memori indah ini kepada Allah s.w.t? Tidak semua manusia merasakan saat-saat indah ini.. Sebenarnya nikmat saat-saat indah dan kebahagiaan ini merupakan salah satu rezeki daripada Allah s.w.t... bagi yg kini masih belum atau jarang2 merasainya, marilah dekatkan diri kepada Allah s.w.t agar hati kita sentiasa bahagia, tenang dan tetap merasakan setiap saat itu terindah walaupun sebenarnya pahit dari segi logik akal..tapi bagi kita yg beriman.. itu adalah anugerah dari Allah bagi mematangkan kita dan membuatkan kita lebih bijak menyelesaikan permasalaham kehidupan...dan percayalah.. setiap kali masalah itu dapat diatasi dan diselesaikan..dan berlalu..pasti kita dengan tiba-tibanya akan hadir satu perasaan lega, puas dan nikmat akan masalah tersebut..Alhamdulillah..terima kasih ya Allah.. perbanyakkanlah beristighfar agar Allah memberikan rezeki kepada kita dan kebersihan hati.. hati yg bersih mampu merasai nikmatnya di setiap saat di dalam kehidupan.. :)

Bila bercakap tentang memori ni.. tiba-tiba saya teringat pula memori-memori waktu di Sekolah Menengah Islam Al-amin Gombak dulu-dulu.. :') serious... terlalu rindu..Allahuakbar... sudahlah tidak dapat berjumpa lagi dengan sahabat-sahabat perjuangan yang amat disayangi.. bersama-sama melalui saat-saat susah senang sepanjang dunia sekolah-sekolah dulu..Saya rindu itu semua..( tiba2 rasa sebak pulak ni.. kwl emosi..kawal emosi..) ok, maaf..hehe..  Kenangan yg seterusnya pastinya mukhayam lkd.. MasyaAllah.. tak habis nak ceritanya.. seterusnya lkd, kembara dakwah.. semuanya memberikan kenangan yang cukup manis dalam hidup saya..Alhamdulillah.. Terima kasih ya Allah kerana telah memberikan memori-memori indah ini bagi mencukupkan rasa di dalam kehidupan hambamu ini ya Allah.. Marilah kita mensyukuri nikmat Allah yang tiada bandingannya ini..:)

Monday 14 May 2012

Hidup Sebelum Mati.. Muhasabahlah.. :')

Assalamualaikum.. apa khabar semua??? Alhamdulillah... Allah masih menganugerahkan lagi nikmat hebatNya kepada kita untuk melihat alam ini... merasakan cinta kedua ibu bapa kita... berjumpa dan meraikan sahabat-sahabat kita... itu sangat hebat.. Subhanallah.. Tanpa kita sedari, ada di antara hamba-hamba Allah yang telah sama-sama melalui kehidupan yang sama seperti kita semalam sudah pun pergi tidak akan kembali lagi... bersyukurlah sahabat... apa yang paling kita perlu syukuri??? " Nikmat Islam dan Iman".. :D ya.. betul3.. hehe.. Baiklah.. Sebelum berganjak ke platform yg sebenar, kenapa nikmat Islam dan Iman ya??? di manakah kekuatan kedua-dua  nikmat yg sangat berharga ini??? cuba kita renungkan.... Manusia dilahirkan dengan nafsu, akal dan jasmani... apabila manusia ini melalui kehidupannya, dia pasti akan menggunakan nafsunya terlebih dahulu, tetapi dengan akal, dia akan dapat menyelamatkan jasmaninya tadi dengan menilai dulu sejauh manakah elok nafsunya itu untuk diturutkan.. fhm x?? hehe.. mungkin terlalu umum kan.. xpe..jom lihat antara contoh..hehe..InsyaAllah boleh fhm lepas ni.. :)


-----> Ada seorang hamba Allah ni, dia teringin sangat untuk beli kereta mewah dan rumah yg besar... tapi dia tak cukup duit nak beli.. kesian..:( hehe.. jadinya , dia menggunakan akalnya bagi mndapatkan perkara tersebut utk keperluan nafsunya.. bagaimana cara utk dia dapatkan apa yg dia mahukan itu?? cara halal atau
haram??? akal x dpt nk trace benda ni..jadi.. itulah peranan Iman dan Islam..  kalau diikutkan akal, cara berjudi pun ok jugak utk dapatkan duit tu... judi bukannya menyakiti org lain kan..so???  haha... anda dan tertipu dengan akal... haha.. itulah contohnya yg dpt dan cuba kita telitikan... hehe...Alhamdulillah.. bersyukurnya dilahirkan sebagai Org Islam.. segalanya Allah sudah aturkan yang terbaik untuk kita kan.. seronok x?? mestilah.. ;) hehe... Andai contoh ini x berapa tepat...maaf ya.. boleh kongsikan contoh2 yg anda ada InsyaAllah..:)

Baiklah..apa yg saya nak cerita pada post kali ini?? ha.. Hidup sebelum mati rupanya.. ( mcm mana boleh lupa ni??)..hehe..ok..ok..be serious.. ehem2.. -__- Allah sudah menjanjikan bahawa setiap yg bernyawa pasti akan mati.. tidak akan dilambatkan walau satu saat, juga tidak diawalkan walau satu saat pun... Manusia.... memang selalu lupa... nasiya... :') Astaghfirullahala'dzim... sebab itulah kita perlu letakkan Allah sentiasa di hati AGAR MATI TIDAK DILUPAI... InsyaAllah... kenapa mati kita kena ingat sentiasa? meranalah jiwa nnt... habistu, x payah buat kerjalah.. apalah.. ( mesti ada antara manusia yg berfikiran mcm ni kan...) tidak mengapa, tidak mengapa.. give them some space.. begini sbnrnya chek nk habaq,  Kita hidup  ni Kerana Allah... beramal untuk akhirat... Beramal itu di dunia.. tapi hasilnya di akhirat nanti... jadi, kenapa tak perlu buat kerja? Allah menuntut hambanya untu bekerja dan beramal di muka bumi ini sebanyak yg boleh sbb di akhirat nantilah hasilnya kita peroleh...emm.. yeke kita kerja untuk akhirat.. habis tu, ada org kerja untuk cari makan, biar tak lapar.. untuk jadi mewah.. orang pandang hebat.. semua tu mana ada kaitan dengan akhirat pun... semua tu dunia je.. ha.. mcm mana tu??? ops.. tenang2.. jgn terpedaya..itu semua org yg hidupnya sia-sia.. cuba lihat, kerja penat2.. akhirnya utk benda2 yg x kekal dan akan hilang.. tak percaya??? nnt mati nanti, boleh bawak ke semua duit tu utk kebahagiaan di kubur nanti? tidak kan.. Subhanallah....

Kerana itulah, sebagai umat Islam, kita bekerja dan melakukan segala amal yg ikut syariah akan diganjari pahala.. niat buat kerana Allah pun boleh dapat pahala tau! hehe.. Tidur niat kerana Allah pun dapat pahala.. Alhamdulillah.. barulah hidup ini terasa indah dan berseri.. semuanya tak sia-sia.. Allah nak bagi je dekat kita kalau kita ikhlas buat keranaNya.. Itulah begitu pentingnya Iman di dalam hati.. tanpa Iman walaupun kita ini beragama Islam, jadilah mcm org yg bekerja sia2 je..untuk makan , untuk jadi kaya dan semuanya untuk dunia..hidup pun nanti tak tenang.. sebab duit terasa tak selamat.. kalau org yg ada iman.. dia yakin Allah akan memelihara rezekinya.. dia bersedeqah, dia akan mndpt pahala, malah rezeki yg lebih bnyk dan berkat.. indahnya..:') Hidup sebelum mati... Bagaimana hubungan kita dengan sesama manusia yang lain? sudah cukup baikkah? adakah kita sudah memaafkan mereka dan memohon maaf setiap kali pengakhiran pertemuan...? bukan apa, dikhuatiri ada  sesuatu yg kita belum selesaikan dengan mereka tidak kira dari segi mohon maaf atas kesalahan yg telah kita lakukan terhadap mereka atau hutang yg belum langsai.. Semua ini penting sahabat!!! Dosa dengan Allah InsyaAllah Allah akan ampunkan jika kita bertaubat.. dosa dengan manusia ni payah.. kita kena jumpa dia... mohon maaf..jadi hutang nanti di akhirat... Astaghfirullah... Setiap kali jumpa ibu bapa kita, buatlah sesuatu yang mampu membahagiakan mereka...Ajal kita bila2 pun boleh datang... Masya Allah..

Mudah2an post saya yg x seberapa kali ini mampu memberikan sedikit sebanyak pembersihan di hati masing2 dan peringatan tentang hidup sebelum mati.. InsyaAllah..jika ada salah silap dan bbrapa info yg tersalah , mohon maaf ya.. harap dpt diperbetulkan InsyaAllah... Mohon maaf andai ada salah silap.. Assalamualaikum.. ;) have a good day with Iman and Islam...:D InsyaAllah...







Saturday 5 May 2012

Kembara Dakwah Bumi Kenyalang Part 3... ;D

Selamat pagi Kampung Tebun.. Allahuakbar Allahuakbar.. Laungan azan jelas kedengaran di pagi hari.. air sejuk memang menusuk ke tulang. Segar betul pagi di Kampung Tebun. Para ikhwah KD Sarawak seperti biasa mengemudi surau melalui aktiviti seperti solat berjemaah ini. Salah satu kunci untuk menarik rasa cinta di hati para penduduk kampung terhadap nilai Islam.:) Solat masih lagi perlu dipantau  sebenarnya dalam kalangan penduduk kampung Tebun ini.. yalah kan.. mereka kebanyakannya baru sahaja masuk agama Islam. Belum cukup kukuh kefahaman agama mereka. Kitalah yg perlu  membantu dari segi kekuatan bekalan yg kita ada ini.. Serahkan sajalah semuanya pada Allah.. kita usaha.. hasilnya biarlah Allah yg menilai..;) Selepas menunaikan solat, terasa begitu indah dan nyaman sekali suasana kampung. Bila dah pagi, pintu rumah pun dibuka.. dapatlah kami melihat suasana di luar rumah pada waktu pagi.. segarnya... dah, cukup tengok2 luar rumah tu.. meh sini tolong mak masak.. hehe... biasalah kami beramai2 tolong masak-memasak... beginilah rutin harian kami di Kampung Tebun..  Bermuayashah dan terus bermuayashah.. di situlah kunci kerapatan dan ruang utama untuk menarik para penduduk agar lebih teguh pegangan Islam mereka. Bagi yg belum memasuki Islam,  di sinilah kami cuba untuk menarik hati mereka ke Arah agama suci ini. Indahnya muayashah. Sangat mengikut sekali ayat ini " tiada paksaan di dalam agama". Peluang dan ruang perlulah diberikan kepada mereka. Bukakan ruang kepada mereka untuk meluahkan dan mengekspresikan perasaan, budaya dan cara hidup mereka. Dari situ kita akan mula belajar sesuatu. Mudahlah untuk kita membuat sedikit pengkajian.


Pelbagai aktiviti yg telah disusun dan dirancang dilaksanakan dengan baik sekali. :) bagusnya ukhuwah para peserta lkd kita ni. Subhanallah! :D Kelas fardhu ain dilaksanakan dengan begitu lancar sekali. Anak-anak kecil kampung Tebun sangat gembira untuk menghadiri kelas yg telah kami susun khas buat mereka. Kata ibu bapa mereka, mereka sgt seronok dan berbahagia dengan kehadiran kami.. moga2 kami dapat mengajar anak2 mereka ilmu yg bermanfaat termasuklah bahasa inggeris dan lain2... haha.. jadi cikgulah kiranya ni...hehe.. haibat..haibat..hehe.. Budak2... biasalah..kita kena banyak sabar... banyak karenah mereka... ada yg terlalu aktif .. kerjanya nak main saja.. ajar mereka ni kena kreatif sikit... selitkan games dan perkara2 yg boleh membawa kepada keseronokan kepada mereka... Di sinilah pemikiran kami menjadi lebih luas..wow.. hehe... Antara apa yg diajar di kelas fardhu ain kami ialah Solat dan Iqra'... memang seronok.. moga  diredhai Allah segala apa yg kita lakukan ini.. amin..:) Selain daripada itu, kami ada mngajar mereka menulis, melukis dan macam2 lagi..hehe..ikut keadaan juga... :) lama kelamaan mereka sudah biasa dengan kami. Kasih sayang antara kami semakin tererat. Sukar melupakan detik2 manis bersama adik2 ini. :') Segala kenangan manis kami di sini tak mampu saya coretkan di dalam blog yg x seberapa ini... x boleh dijual beli pengalaman ini.. terharunya.. subhanallah...


Sampai kepada hari yg seterusnya... aktiviti gotong-royong dan Rewang... Sangat2 menyeronokkan..:) Tugas2 diagaihkan dengan begitu baik. Kerjasama begitu erat sekali antara kami... Alhamdulillah... Memang cantik betul sekarang ni surau di Kg.Tebun... sudah dicat baru dgn warna yg lebih ceria... dalamnya dibersihkan, dicuci tingkapnya, disusun apa2 yg patut, di mop lantainya.. masyaAllah.. bagus2...!!! Tahniah ikhwah akhawat... Aktiviti rewang pula memang seronok.. endai2 dan apai2 cukup bersemangat sekali membantu menyiapkan kawah, menyediakan ayam pansuh dan banyak lagi kerja2 yg mereka bantu. haybat..haybat.. :D Semoga Allah membalasi mereka dengan sebaik2 balasan..amin...Para akhawat menyiapkan masak sayur di dapur.. Kak Kam menyumbangkan resipi donutnya yg begitu enak  sekali.. yummy..:) memang sedap donut coklat itu..hehe... macam2 lagi yg kami bantu di dapaur. Ukhuwah kami terasa begitu erat. Kami buat semuanya InsyaAllah lillahi taala.. :) Semoga akhlak mulia yg kami tunjukkan ini dapat dijadikan contoh kepada penduduk kampung..InsyaAllah...akhirnya segala lauk pauk sudah siap... Selepas sahaja habis selesai solat Jumaat, makanan pun kami sediakan di dewan. Semua pun makan dengan gembiranya.. Alhamdulillah..:)