Saturday 1 October 2011

Maksiat merosakkan kesihatan???? ye ke??? jom tengok kenapa agaknya...

Salam ukhuwwah kawan-kawan dan seluruh umat islam di dunia ini dan yang sangat berbesar hati untuk menjadi follower saya..haha.. Alhamdulillah... apa khabar iman, emosi, rohani dan mental anda semua? jangan risau kalau saya tak tanya tentang kesihatan anda kerana sihatnya dalaman anda sudah tentu luaran anada juga sihat.. tapi itu tidak bermaksud anda tak perlu makan... sebelum hajat perbicaraan sebenar terserong, eloklah kiranya saya singkatkan berbasa-basi ini bagi menjimatkan masa... Alhamdulillah... saya baru sahaja menyelak dan membaca satu artikel yang amat best informasinya daripada majalah solusi!!! excited benar saya untuk menceritakannya...bismillahirrahmanirrahim...sihat tanpa maksiat,itulah tajuk yang begitu menarik dan mencengkam qalbu saya melalui majalah solusi ini.

Bagaimana maksiat boleh menyebabkan kita sakit? atau.... tajuk ni saja nak trap kita je...padahal nak cakap pasal mental dan emosi yang tak sihat je.. islam kan macamtu...-pasti minda anda memikirkan perkara2 ini bukan? itulah..kita tak sedar yang maksiat dapat hilangkan kesihatan badan kita juga...APA? BADAN KITA.. OK, U MEAN OUR PHYSICAL???-mesti anda terkejut.. ya..ya..tepat sekali fizikal kita... banyak sangat fakta2nya... dan pasti ada segelintir daripada kita merasainya.. memang semua kita merasainya juga kerana manusia tidak terlepas dari melakukan dosa walakin maksiat batin atau yang tidak nampak seperti penyakit hati... fimithal(amboi cakap arab sudah..izinkan ye..hehe..),hasad, sombong,dengki,cinta dunia,riya' dan banyaaak lagi..bak kata nabil rajalawak,yang lain2 tu lu fikirla sendiri...haha.. apa contoh penyakit dia??? nak tahu..ehh..takutnye..kot2la kita pun ada..jom tengok..sediakan payung sebelum hujan.. prevention is better than cure..jom lihat...

1. tekanan emosi dan mental akan berlaku, sbg contoh orang yang terlalu nakkan dunia,hatinya tak tenang...peredaran darah jadi tak stabil... degupan jantung pun tak sekata.. kadang2 bedegup kencang..kadang2 tu rilek..biasala ...slalunye org yg dilamun cinta..sampaikan makan tak kenyang,,masyaAllah..tidur tak lena..hey teruk tu..!..mandi tak basah ?? haha...macam mana tu?? tu betul2 sakit dah tu..sian..nauzubillah la kita...

2. kalau orang yang berzina,tahu2la penyakit dia..siphilis,aids,hiv..nauzubillah...orang yang mencuri, hati dia tak tenang, keyakinan diri dan aura kepimpinan dia pun boleh turun... cuba try tak caye... eishhh..tapi janganlah... nanti saya yang menyuruhnya lagi teruk padahnye..hehe..main2 jer..


okla... sampai sini sahaja coretan saya pada masa ini..mungkin kalau ada tersalah info ke harap betulkan...semoga berjaya di dalam kehidupan...ameen...

Saturday 26 March 2011

SALAM UKHUWWAH SEMUA...

Assalamualaikum w.b.t semua. Alhamdulillah,siap jugak proses sign up blog kepunyaan saya dan semua nie...bukannye ape letak nama blog ni dengan blogsayadansemua,sebab ana just nak kita semua dapat berkongsi dan merasai suka-duka yang boleh kita share dalam blog ni bersama-sama.Kalau boleh kita janganlah terlalu lama kat depan komputer dok melayan blog je... kita perlu melalui kehidupan yang sihat dan menyeluruh seperti ada masa untuk kita bersenam,bersahabat,beribadah,makan,mandi,tidur dan lain-lain. Mawaddah wa rahmah pulak ana letak sebagai title blog adalah kerana fitrah manusia dan diri ana inginkan ketenangan dan kasih-sayang. Mudah-mudahan blog ini INSYAALLAH akan menjadi salah satu medium yang boleh menyampaikan Mawaddah wa Rahmah kepada kita semua... ameeen.... My name is Happy Zainab because i am the one who want to deserves happiness in my life...

Untuk permulaan, ana lebih suka untuk berkongsi mengenai mawaddah wa rahmah.Sebagai contoh, boleh tak kita mengulangkaji pelajaran kalau kita berada di dalam keadaan hati yang tidak tenteram dan tidak merasai kebahagiaan dan kasih-sayang? memang pastilah tak dapat kan?!!! Ana yakin dan pasti bahawa kita semua pasti sudah berpengalaman dalam perkara-perkara seperti ini.. huru-hara suuungguhhh kehidupan tanpa perasaan mawaddah wa rahmah... ada banyak faktor yang menyebabkan tiadanya perasaan mawaddah wa rahmah di dalam hati kita.Antaranya ialah apabila hati kita jauh daripada Allah iaitu sumber kuasa utama dan sumber kasih-sayang yang terbesar di dalam kehidupan kita atau lebih mudah kita katakan hati yang kosong dan tidak diisi sesuatu. Sebagai umat islam, iman pastinya telah memenuhkan hati kita dan kita berasa selamat dan bahagia di bawah pengawasan dan kasih-sayang ALLAH.