Sunday 20 May 2012

Memory..im gonna miss you..

Assalamualaikum semua..:) Apa khabar iman anda semua?? Moga-moga di dalam kebahagiaan dengan tenangnya hati dan tingginya tahap ketaqwaan hari ini.. Memory..im gonna Miss you..membawa anda seperti di awang-awangan sedikit bagi mengimbas kembali memori-memori indah anda semua.. :') memang sedih kan bila terfikirkan semula memori-memori dan bibit-bibit indah di dalam kehidupan kita semua... Bersama kawan-kawan, tempat yang indah di mana amat dekat dengan keadaan kita di waktu itu.. suasana tempat tersebut.. rasa keindahan perasaan dan aura suasana yg sungguh mengasyikkan dan mengindahkan hari kita di saat itu.. Mungkin ada yang berfikir, memanglah..budak lepasan spm.. rindu sekolah lah tu.. Saya tidak hnya spesifik kepada memori kita di sekolah ya.. tetapi juga memori2 kita bersama keluarga, adik-beradik, sanak-saudara di kampung halaman ketika kita masih kecil.. lebih-lebih meriah lagi Memori ketika menjalani ibadah puasa bersama keluarga... dan juga sambutan hari Raya AIDILFITRI.. Alhamdulillah..indahnya hidup ini..

Pernahkah kita mensyukuri atas nikmat memori-memori indah ini kepada Allah s.w.t? Tidak semua manusia merasakan saat-saat indah ini.. Sebenarnya nikmat saat-saat indah dan kebahagiaan ini merupakan salah satu rezeki daripada Allah s.w.t... bagi yg kini masih belum atau jarang2 merasainya, marilah dekatkan diri kepada Allah s.w.t agar hati kita sentiasa bahagia, tenang dan tetap merasakan setiap saat itu terindah walaupun sebenarnya pahit dari segi logik akal..tapi bagi kita yg beriman.. itu adalah anugerah dari Allah bagi mematangkan kita dan membuatkan kita lebih bijak menyelesaikan permasalaham kehidupan...dan percayalah.. setiap kali masalah itu dapat diatasi dan diselesaikan..dan berlalu..pasti kita dengan tiba-tibanya akan hadir satu perasaan lega, puas dan nikmat akan masalah tersebut..Alhamdulillah..terima kasih ya Allah.. perbanyakkanlah beristighfar agar Allah memberikan rezeki kepada kita dan kebersihan hati.. hati yg bersih mampu merasai nikmatnya di setiap saat di dalam kehidupan.. :)

Bila bercakap tentang memori ni.. tiba-tiba saya teringat pula memori-memori waktu di Sekolah Menengah Islam Al-amin Gombak dulu-dulu.. :') serious... terlalu rindu..Allahuakbar... sudahlah tidak dapat berjumpa lagi dengan sahabat-sahabat perjuangan yang amat disayangi.. bersama-sama melalui saat-saat susah senang sepanjang dunia sekolah-sekolah dulu..Saya rindu itu semua..( tiba2 rasa sebak pulak ni.. kwl emosi..kawal emosi..) ok, maaf..hehe..  Kenangan yg seterusnya pastinya mukhayam lkd.. MasyaAllah.. tak habis nak ceritanya.. seterusnya lkd, kembara dakwah.. semuanya memberikan kenangan yang cukup manis dalam hidup saya..Alhamdulillah.. Terima kasih ya Allah kerana telah memberikan memori-memori indah ini bagi mencukupkan rasa di dalam kehidupan hambamu ini ya Allah.. Marilah kita mensyukuri nikmat Allah yang tiada bandingannya ini..:)

Monday 14 May 2012

Hidup Sebelum Mati.. Muhasabahlah.. :')

Assalamualaikum.. apa khabar semua??? Alhamdulillah... Allah masih menganugerahkan lagi nikmat hebatNya kepada kita untuk melihat alam ini... merasakan cinta kedua ibu bapa kita... berjumpa dan meraikan sahabat-sahabat kita... itu sangat hebat.. Subhanallah.. Tanpa kita sedari, ada di antara hamba-hamba Allah yang telah sama-sama melalui kehidupan yang sama seperti kita semalam sudah pun pergi tidak akan kembali lagi... bersyukurlah sahabat... apa yang paling kita perlu syukuri??? " Nikmat Islam dan Iman".. :D ya.. betul3.. hehe.. Baiklah.. Sebelum berganjak ke platform yg sebenar, kenapa nikmat Islam dan Iman ya??? di manakah kekuatan kedua-dua  nikmat yg sangat berharga ini??? cuba kita renungkan.... Manusia dilahirkan dengan nafsu, akal dan jasmani... apabila manusia ini melalui kehidupannya, dia pasti akan menggunakan nafsunya terlebih dahulu, tetapi dengan akal, dia akan dapat menyelamatkan jasmaninya tadi dengan menilai dulu sejauh manakah elok nafsunya itu untuk diturutkan.. fhm x?? hehe.. mungkin terlalu umum kan.. xpe..jom lihat antara contoh..hehe..InsyaAllah boleh fhm lepas ni.. :)


-----> Ada seorang hamba Allah ni, dia teringin sangat untuk beli kereta mewah dan rumah yg besar... tapi dia tak cukup duit nak beli.. kesian..:( hehe.. jadinya , dia menggunakan akalnya bagi mndapatkan perkara tersebut utk keperluan nafsunya.. bagaimana cara utk dia dapatkan apa yg dia mahukan itu?? cara halal atau
haram??? akal x dpt nk trace benda ni..jadi.. itulah peranan Iman dan Islam..  kalau diikutkan akal, cara berjudi pun ok jugak utk dapatkan duit tu... judi bukannya menyakiti org lain kan..so???  haha... anda dan tertipu dengan akal... haha.. itulah contohnya yg dpt dan cuba kita telitikan... hehe...Alhamdulillah.. bersyukurnya dilahirkan sebagai Org Islam.. segalanya Allah sudah aturkan yang terbaik untuk kita kan.. seronok x?? mestilah.. ;) hehe... Andai contoh ini x berapa tepat...maaf ya.. boleh kongsikan contoh2 yg anda ada InsyaAllah..:)

Baiklah..apa yg saya nak cerita pada post kali ini?? ha.. Hidup sebelum mati rupanya.. ( mcm mana boleh lupa ni??)..hehe..ok..ok..be serious.. ehem2.. -__- Allah sudah menjanjikan bahawa setiap yg bernyawa pasti akan mati.. tidak akan dilambatkan walau satu saat, juga tidak diawalkan walau satu saat pun... Manusia.... memang selalu lupa... nasiya... :') Astaghfirullahala'dzim... sebab itulah kita perlu letakkan Allah sentiasa di hati AGAR MATI TIDAK DILUPAI... InsyaAllah... kenapa mati kita kena ingat sentiasa? meranalah jiwa nnt... habistu, x payah buat kerjalah.. apalah.. ( mesti ada antara manusia yg berfikiran mcm ni kan...) tidak mengapa, tidak mengapa.. give them some space.. begini sbnrnya chek nk habaq,  Kita hidup  ni Kerana Allah... beramal untuk akhirat... Beramal itu di dunia.. tapi hasilnya di akhirat nanti... jadi, kenapa tak perlu buat kerja? Allah menuntut hambanya untu bekerja dan beramal di muka bumi ini sebanyak yg boleh sbb di akhirat nantilah hasilnya kita peroleh...emm.. yeke kita kerja untuk akhirat.. habis tu, ada org kerja untuk cari makan, biar tak lapar.. untuk jadi mewah.. orang pandang hebat.. semua tu mana ada kaitan dengan akhirat pun... semua tu dunia je.. ha.. mcm mana tu??? ops.. tenang2.. jgn terpedaya..itu semua org yg hidupnya sia-sia.. cuba lihat, kerja penat2.. akhirnya utk benda2 yg x kekal dan akan hilang.. tak percaya??? nnt mati nanti, boleh bawak ke semua duit tu utk kebahagiaan di kubur nanti? tidak kan.. Subhanallah....

Kerana itulah, sebagai umat Islam, kita bekerja dan melakukan segala amal yg ikut syariah akan diganjari pahala.. niat buat kerana Allah pun boleh dapat pahala tau! hehe.. Tidur niat kerana Allah pun dapat pahala.. Alhamdulillah.. barulah hidup ini terasa indah dan berseri.. semuanya tak sia-sia.. Allah nak bagi je dekat kita kalau kita ikhlas buat keranaNya.. Itulah begitu pentingnya Iman di dalam hati.. tanpa Iman walaupun kita ini beragama Islam, jadilah mcm org yg bekerja sia2 je..untuk makan , untuk jadi kaya dan semuanya untuk dunia..hidup pun nanti tak tenang.. sebab duit terasa tak selamat.. kalau org yg ada iman.. dia yakin Allah akan memelihara rezekinya.. dia bersedeqah, dia akan mndpt pahala, malah rezeki yg lebih bnyk dan berkat.. indahnya..:') Hidup sebelum mati... Bagaimana hubungan kita dengan sesama manusia yang lain? sudah cukup baikkah? adakah kita sudah memaafkan mereka dan memohon maaf setiap kali pengakhiran pertemuan...? bukan apa, dikhuatiri ada  sesuatu yg kita belum selesaikan dengan mereka tidak kira dari segi mohon maaf atas kesalahan yg telah kita lakukan terhadap mereka atau hutang yg belum langsai.. Semua ini penting sahabat!!! Dosa dengan Allah InsyaAllah Allah akan ampunkan jika kita bertaubat.. dosa dengan manusia ni payah.. kita kena jumpa dia... mohon maaf..jadi hutang nanti di akhirat... Astaghfirullah... Setiap kali jumpa ibu bapa kita, buatlah sesuatu yang mampu membahagiakan mereka...Ajal kita bila2 pun boleh datang... Masya Allah..

Mudah2an post saya yg x seberapa kali ini mampu memberikan sedikit sebanyak pembersihan di hati masing2 dan peringatan tentang hidup sebelum mati.. InsyaAllah..jika ada salah silap dan bbrapa info yg tersalah , mohon maaf ya.. harap dpt diperbetulkan InsyaAllah... Mohon maaf andai ada salah silap.. Assalamualaikum.. ;) have a good day with Iman and Islam...:D InsyaAllah...







Saturday 5 May 2012

Kembara Dakwah Bumi Kenyalang Part 3... ;D

Selamat pagi Kampung Tebun.. Allahuakbar Allahuakbar.. Laungan azan jelas kedengaran di pagi hari.. air sejuk memang menusuk ke tulang. Segar betul pagi di Kampung Tebun. Para ikhwah KD Sarawak seperti biasa mengemudi surau melalui aktiviti seperti solat berjemaah ini. Salah satu kunci untuk menarik rasa cinta di hati para penduduk kampung terhadap nilai Islam.:) Solat masih lagi perlu dipantau  sebenarnya dalam kalangan penduduk kampung Tebun ini.. yalah kan.. mereka kebanyakannya baru sahaja masuk agama Islam. Belum cukup kukuh kefahaman agama mereka. Kitalah yg perlu  membantu dari segi kekuatan bekalan yg kita ada ini.. Serahkan sajalah semuanya pada Allah.. kita usaha.. hasilnya biarlah Allah yg menilai..;) Selepas menunaikan solat, terasa begitu indah dan nyaman sekali suasana kampung. Bila dah pagi, pintu rumah pun dibuka.. dapatlah kami melihat suasana di luar rumah pada waktu pagi.. segarnya... dah, cukup tengok2 luar rumah tu.. meh sini tolong mak masak.. hehe... biasalah kami beramai2 tolong masak-memasak... beginilah rutin harian kami di Kampung Tebun..  Bermuayashah dan terus bermuayashah.. di situlah kunci kerapatan dan ruang utama untuk menarik para penduduk agar lebih teguh pegangan Islam mereka. Bagi yg belum memasuki Islam,  di sinilah kami cuba untuk menarik hati mereka ke Arah agama suci ini. Indahnya muayashah. Sangat mengikut sekali ayat ini " tiada paksaan di dalam agama". Peluang dan ruang perlulah diberikan kepada mereka. Bukakan ruang kepada mereka untuk meluahkan dan mengekspresikan perasaan, budaya dan cara hidup mereka. Dari situ kita akan mula belajar sesuatu. Mudahlah untuk kita membuat sedikit pengkajian.


Pelbagai aktiviti yg telah disusun dan dirancang dilaksanakan dengan baik sekali. :) bagusnya ukhuwah para peserta lkd kita ni. Subhanallah! :D Kelas fardhu ain dilaksanakan dengan begitu lancar sekali. Anak-anak kecil kampung Tebun sangat gembira untuk menghadiri kelas yg telah kami susun khas buat mereka. Kata ibu bapa mereka, mereka sgt seronok dan berbahagia dengan kehadiran kami.. moga2 kami dapat mengajar anak2 mereka ilmu yg bermanfaat termasuklah bahasa inggeris dan lain2... haha.. jadi cikgulah kiranya ni...hehe.. haibat..haibat..hehe.. Budak2... biasalah..kita kena banyak sabar... banyak karenah mereka... ada yg terlalu aktif .. kerjanya nak main saja.. ajar mereka ni kena kreatif sikit... selitkan games dan perkara2 yg boleh membawa kepada keseronokan kepada mereka... Di sinilah pemikiran kami menjadi lebih luas..wow.. hehe... Antara apa yg diajar di kelas fardhu ain kami ialah Solat dan Iqra'... memang seronok.. moga  diredhai Allah segala apa yg kita lakukan ini.. amin..:) Selain daripada itu, kami ada mngajar mereka menulis, melukis dan macam2 lagi..hehe..ikut keadaan juga... :) lama kelamaan mereka sudah biasa dengan kami. Kasih sayang antara kami semakin tererat. Sukar melupakan detik2 manis bersama adik2 ini. :') Segala kenangan manis kami di sini tak mampu saya coretkan di dalam blog yg x seberapa ini... x boleh dijual beli pengalaman ini.. terharunya.. subhanallah...


Sampai kepada hari yg seterusnya... aktiviti gotong-royong dan Rewang... Sangat2 menyeronokkan..:) Tugas2 diagaihkan dengan begitu baik. Kerjasama begitu erat sekali antara kami... Alhamdulillah... Memang cantik betul sekarang ni surau di Kg.Tebun... sudah dicat baru dgn warna yg lebih ceria... dalamnya dibersihkan, dicuci tingkapnya, disusun apa2 yg patut, di mop lantainya.. masyaAllah.. bagus2...!!! Tahniah ikhwah akhawat... Aktiviti rewang pula memang seronok.. endai2 dan apai2 cukup bersemangat sekali membantu menyiapkan kawah, menyediakan ayam pansuh dan banyak lagi kerja2 yg mereka bantu. haybat..haybat.. :D Semoga Allah membalasi mereka dengan sebaik2 balasan..amin...Para akhawat menyiapkan masak sayur di dapur.. Kak Kam menyumbangkan resipi donutnya yg begitu enak  sekali.. yummy..:) memang sedap donut coklat itu..hehe... macam2 lagi yg kami bantu di dapaur. Ukhuwah kami terasa begitu erat. Kami buat semuanya InsyaAllah lillahi taala.. :) Semoga akhlak mulia yg kami tunjukkan ini dapat dijadikan contoh kepada penduduk kampung..InsyaAllah...akhirnya segala lauk pauk sudah siap... Selepas sahaja habis selesai solat Jumaat, makanan pun kami sediakan di dewan. Semua pun makan dengan gembiranya.. Alhamdulillah..:)




Thursday 29 March 2012

Kembara dakwah di bumi Kenyalang... Part 2.. JeNg 3...

Alhamdulillah.. indahnya rumah kami... menggambarkan betapa indahnya kehidupan mereka di sini...  Endai salamah terus sahaja membawa kami naik ke atas tangga... di tepi tangga ternyata rasa gerun saya tiba2 datang apabila melihat saja lukisan gambar2 binatang liar yang terpampang pada dinding rumah kampung itu... Mata harimau kumbang yg memandang setiap pemerhati lukisan jelas terasa zuuppp ganas dan liar pada sifat sebenar binatang tersebut..wah... :D Memang hebat abang kami ni melukis.. subhanallah.. pasti Allah lagi hebat..Setelah naik ke atas, kami dibawa ke pintu yg menerobos masuk ke rumah Endai... ( maaf sy lupa, tapi org memanggilnya ustazah).. beliau merupakan ustazah la di kampung tebun ini.. di hati saya masih terasa sayu mengingatkan takkan cukup seorang ustazah saja untuk membangunkan ad-deen di dalam hati anak2 kampung... ( x mengapa, nnt kita cerita pasal ni ya..) Untuk pengetahuan semua, kami kumpulan akhawat satu dan dua ni berjiran sebelah-menyebelah je.. hehe..nk masuk tak payah ikut pintu..ketuk pintu masuk dari bilik dekat atas pun boleh..:P Kumpulan akhawat rumah sebelah siap ada gelaran adik-beradik antara mereka.. kak long, kak ngah , kak cik.. kak..... haha.. xpelah..nnt biar mereka tuan badan sendiri yg cerita ya..hehe.. masuk2 je rumah ustazah, adalah nampak seorang bayi yang sungguh comel.. nama panggilannya anggun.. anggun bukan anak ustazah.. dia anak angkat kak zaiton ( jiran sekampung)- endai ikhwah kesian jugaklah sy dekat anggun... xpe2..nnt saya cerita pasal ni... -amboi, bnyk kali saya ulang perkataan ni..:) xpe na.. saba' na... hehe.. Selepas itu, kami semua turun dari arah atas rumah ustazah ke bawah rumah mereka untuk mengambil barang2 kami dalam van.. kesian beg2 kami.. panas dia dlm tu..acece..hehe.. kalut jugaklah jadinya bila saya tersilap letak beg masuk dekat rumah ustazah..hehe.. mana taknya, baru datang, x dpt nk ingat..:) lepastu dgn muka selambanya terus keluar masuk dekat rumah sebelahnya.. rumah endai salamah :D


Setelah kami mengemas barang2 kami di atas rumah, iaitu tempat yg kami bakal tidur nanti, kami pun berehat... mandi-mandi.. seronok sangat mandi dekat kampung ni..airnya segar... :) saya sebenarnya sangat rindukan kampung saya.. lama dah tak balik jengah..yelah nenek ada dekat kl tinggal sama saya.. itu yg sgt rindu.. bilik air pun rindu..hehe.. Selepas seronok rehat2 , mandi2.. apa lagi.. kami pun.... TOLONG MAK MASAK!!! hehe... ha, anak dara kenalah tahu mcm mano nk masak.. kami semua pun jadi cheflah.. mcm masterchef punya rancangan pun ada jugak suasana dkt dapur tu.. sbb kami ramai2 semangat nak tolong.. hehe.. hidangan hari pertama.. makan malam kami berlaukkan ikan..:) yummy..:D hehe..terima kasih kawan2 semua sbb mmg sedaplah.. mak pun pandai sangat masak..kalau mak tak tunjuk, kami x dpt nk masak mcm tu.. lepas sediakan makan.. kami ikut cara yg sangat sistematik.. entahlah, xde yg guide..tapi kami sendiri2 faham.. each other pun dah ada chemistry..Alhamdulillah.. ada yg susun pinggan, ada yang hidangkan lauk pauk, ada yg hidangkan nasi, ada yg buat air, ada yg sediakan minuman.. Subhanallah..:) Sebenarnya waktu petang masa saya seronok2 mandi tu, ada meeting sbnrnya dgn ketua kampung kalau  x silap saya.. bagus betul.. tahniah semua ajk.. :D Sbnrnya hari pertama kan, ustaz taufik dengan ustaz mohd noor makan sama2 di rumah kami, cuma waktu ni mereka makan di meja tamu dkt ruang tamu..hehe.. mak.. jom makan sama!!! hehe.. burp.. Alhamdulillah.. kenyang.. nyamai!!!



Seperti apa yg telah kami rancangkan, malam ni, kami nk muayashah bersama keluarga kami... kami pun mulakanlah dengan bercerita..tnya mak, berapa orang anak mak.. mereka ada di mana.. yelakan..sbb rumah tu sunyi saja.. :) walaupun sunyi tapi aura keindahan dan kebahagiaan itu jelas terasa.. yg paling sy ingat, sy ada tnya mak, mak, apa tu?? sambil tunjuk dekat satu perkakas yg digantung dkt dinding.. saya ingatkan sape.. hehe..malu saya..rupanya benda tu digunakan ketika berlawan.. maaf sy tiada gmbr tu.. tapi hiasan2 di rumah mak ni memang hebatlah..mmg anak jati sarawaklah ni..:D macam2 mak cerita..mak cerita, mak kerja di sawah padi..mak kerja menoreh getah lagi.. mak cakap, tempat getah tu jauhhhhhh sangat.. kalau kitak semua pergi takut tak larat nanti..hehe.. ( xpe mak, kita ada budak yg hebat dkt sini yg sarjan, staff sarjan
kan ada.. dah biasa jungle trecking, kan?? hehe saje je..) lepas cerita2.. sesi urut mengurut pun ada.. yelah, kesian mak penat..angkat berat2... meh sini kami urut.. biar badan x pegal2 lagi.. mudah2an mak sihat... kuat betul mak.. itulah, kenapa saya kata mak ni hebat?? mak kerja macam2 tau.. business meniaga dkt kampung mak buat, ada masa lapang mak anyam mengkuang( jadi tikar)-cantik sangat!!!  lepastu mak ngetau padi lagi.. , toreh getah lagi..masyaAllah..mak ada tunjuk tempat mak toreh getah.. mak kata, tengok gunung tu, saya pun tegoklah.. situlah tmpt getahnya.. masyaAllah...jauh tu.. jelas biru warna gunung tu.. -maksudnya jauh sangat..mak kata mak naik sampan nak ke sana.. Ya Allah, kau kuatkanlah mak ni.. berikanlah kejayaan dan kebahagiaan kepada beliau..amin... kami urut mengurut sambil bermuayashah.. pada mulanya kami agak janggal utk bermuayashah bersama apai.. hehe.. nanti sy cerita pasal tu..biasalah baru datang... Setelah itu, kami pun kena naik atas untu tidur..awal betul kami tidur.. lebih kurang pukul 9 lebih..yelah..di sini kan subuhnya awal...  Kami bentang2lah tilam alakadar saja..tapi, bila mak naik atas saja, mak suruh tukar guna tilam yg tebal sikit.. mak pun keluarkanlah macam2 ..... hehe.. bantal empuk, selimut... hehe.. kami malulah..-tiba2... mak suruh pulak kami tidur atas katil.. mula2 kami kata x pe  mak, kami tidur bawah saja.. tapi nnt mak terasa, jadinya adalah yg tidur dlm bilik dan atas katil.. kami kena menghormati tuan rumah juga.. inilah dia namanya memberi dan menerima..:) Alhamdulillah..subhanallah..selesa betul kami tidur malam ni.. biah2 solehah sentiasa kami cuba untuk hiasi rumah ini agar bila kami tiada nanti, perkara tersebut akan dapat diteruskan oleh orang-orang di rumah ini.. mcm biasa, baca ma'thurat, solat berjemaah dan ada juga yg buat qiamullail.. Selamat malam kampung tebun....!!!

Wednesday 28 March 2012

Kembara dakwah di bumi Kenyalang...

Assalamualaikum semua..:) lama x menulis lagi dlm blog ni.. Alhamdulillah... dlm minggu lalu, saya berpeluang dengan izin Allah mengikuti sebuah program kembara dakwah.. :) seronok sangat... rasa mcm tak nak balik.. hehe...Alhamdulillah... pengembaraan bermula dengan perjalanan menuju ke KLIA secara beramai-ramai.. semua peserta LKD -( Bg yg x tahu, lkd means latihan kader dua't bagi pljr lepasan spm yg dipilih o sekolah, kiranya mcm wakillah kot..hehe)..  pada mulanya, jap, nk cerita kisah peribadi sikit..cewah..haha.. rasa susah sgt sbnrnya waktu nk pergi tu..mcm2 masalah..Allah sajalah yg tahu.. masalah homesickla..-wktu lkd sbnrnya.. tapi tiba2, semuanya bertukar menjadi perjalanan yg sgt menggembirakan dan mengharukan.. subhanallah.. betullah, kalau kita tolong agama Allah, Allah akan tolong kita.. jadi semua, jgn risau ok..bnyk2 berdoa je agr dipermudahkan..amin..:D



Setibanya di KLIA dengan jadual perjalanan menaiki bas dari Sekolah Menengah Islam Al-amin Bangi pada jam lebih kurang 5.30 pagi ke KLIA, yg tadinya mengantuk sangat waktu dlm bas tidur dgn lenanya... tiba2 jadi mcm semangat nampak banyak kapal terbang dekat situ.. dapat pulak bawak troli yg mcm kereta tu.. siap ada brek lagi troli tu..mana tak hepi..hehe...Kawan2 akhawat saya yg lain pun nmpk begitu bersemangat meneruskan misi dakwah mereka.. untuk pengetahuan semua, mungkin saya ni excited lebih sebab ini first time saya datang ke KLIA, nak nak pulak first time naik kapal terbang... memang sangatlah seronok sebenarnya.. hehe... baiklah, selepas masuk ke dalam klia, mcm biasa bagi kad i.c untuk dapatkan apa2 yg patut di kaunter dan check in .. sebelum tu, waktu subuh dah pun masuk, mmg susah sgt nk masuk utk solat dlm suraunya yg agak kecil dan menjadi sempit dgn orang yg sangat ramai masuk ke dalam surau untuk menunaikan solat subuh.. Alhamdulillah.. bagus kan ... ramai rupanya umat islam yg setia dengan solat subuhnya walaupun bersesak-sesak di situ.. bagus2... terima kasih asma' sbb pinjamkan kain nt untuk ana solat..- ops, dah keluar topik..hehe.. sbnrnya kami telah dikumpulkan sekaligus di klia ini bagi semua ikhwah dan akhawat kembara dakwah ke sabah dan sarawak sekali..:) rasa sedih jugaklah sbb nk berpisah dengan kawan2 akhawat kita yg nak ke sabah ni.. tidak mengapa, misi dakwah perlu diteruskan..



Flight dah ready untuk on air!!! hehe... mcm radio je..  dkt dlm MAS tu dapat pulak duduk sebelah tingkap.. masyaAllah... seronoknya hanya Allah sajalah yg tahu.. terima kasih MAS..hehe... waktu nak naik ke udara tu, saya sangat teruja melihat keunikan ciptaan Allah.. segala macam hutan2 yg sangat indah.. air sungai yg mengalir dengan cantiknya.. dan segala pergerakan yg sangat sistematik dari bawah..  rumah2 dan kereta yg kelihatan mcm mainan je.. kalau manusia agaknya mmg x nmpk dah..lebih kecik dari dot kot kalau dari atas.. wallahua'lam.. tapi dari atas itu, mmg sy x nmpk langsung walau satu pun penduduk bumi yg berjalan di atas bumi.. kereta adalah.. semakin atas kapal terbang, semakin x jelas lagi pemandangan indah bumi yg dapat saya lihat dari atas... tapi saya dapat lihat sesuatu yg lebih cantik, iaitu langit indah ciptaan Allah.. sy mcm tersampuk dengan keindahan ciptaan Allah ini.. subhanallah.. alhamdulillah.. asatghfirullah.. kerdilnya kita... :'D.. rasa macam dekat tempat salji pun ada dekat atas awan tu.. sy tersenyum sendiri di tepi tingkap..hati rasa teruja tak terkata.. wah!!! subhanallah- ni nk cerita kmbara dakwah ke pnglmn naik flight!! hehe.. sory semua...  waktu nak mendarat tu... sekali lagi saya dapat lihat keindahan bumi ciptaan Allah.. saya nampak yg dekat kawasan sarawak pula.. Alhamdulillah laut china selatan yg pada mulanya sy sangkakan hutan pun dapat sy lihat kalau x silap saya.. sbb takkanla hutan bergerakkan.. dari atas, pergerakan laut tersebut sangat perlahan..... tak taula berapa saatkan..hehe..



Rumah panjang pun Alhamdulillah sy dapat lihat.. tak taula rumah panjang lama ke atau versi moden.. tapi walau apa2pun.. saya rasa sangat teruja.. subhanallah.. sampan2 yang bergerak pun saya dapat lihat.. sangat perlahan ..nampak mcm x bergerak pun..tapi air sungai tu nampak mcm keruh sbb mcm ada enjin keluar dari sampan tu.. maaf kalau sy silap itu sampan ke feri, sbb bentuknya mmg mcm sampan... hehe..:) Alhamdulillah.. akhirnya kami Kader dua't bahagian Sarawak selamat tiba ke destinasi, tuan!!! hehe... seribanya di sarawak, biasalah, nak pack2 balik semua bag2 yg tadinya diletakkan di bhgn  tmpt  simpan barang dlm flight... lepastu, semua bag2 kami jadi lawala.. ada tambah2 sikit  accessories pelekat2 dari KLIA.. hehe.. xpe, mmg kenangan tu..simpan baik2.. Alhamdulillah.. ada van-van sedang menunggu kami setelah kami beratur kejap untuk check ic dan apa2 dokumenlah...satu van penuh diisi dengan bag..hehe.. satu lagi van untuk akhawat.. satu lagi ikhwah.. dan yg satunya lagi, van yg saya duduk.. separuh ikhwah separuh akhawat..:) dan perjalanan kami pun berhenti seketika untuk berehat semalaman ke al-amin kuching.. sangat best.. ada tv pulk tiba2..hehe.. Apa yg saya tahu, kawan2 kita di sabah terus direct ke rumah keluarga angkat mereka kan.. bagus2.. antunna semua lebih lama bersama dengan keluarga angkat antunna.. kami pulak, rehat dulu.. jgn jeles ya..hehe.. takdelah..semua sama je..



Alhamdulillah.. kami rehat2 dulu di al-amin kuching.. kami buat kerja sikit2... yelah, persiapan untuk ke sana.. apa yg kami buat ialah sediakan set alif ba ta untuk kelas fardhu ain anak2 kecil di kampung tebun nanti..:D semalaman telah pun berlalu..hati kami semua sangat berkobar2 semangatnya untuk ke pedalaman.. Kampung tebun nama diberi, buat kami tak sabar nak pergi.. hehe.. waktu nak pergi ke sana, biasalh perasaan tu mcm rasa takut sedikit untuk berhadapan dengan penduduk kampung yg kemungkinannya x berapa baik islamnya..jadi, kita ini yg kena sampaikan sesuatu kepada mereka secara  tak langsung..muallimah Dayang pesan, bnykkn mua'yasyah dengan mereka... betul tu.. tunjukkan melalui akhlak kita dulu.. akhlak mencerminkan peribadi..tak gitu?? Perjalanan ke sana dengan menaiki van terasa sangat indah bagi saya kerana keindahan sarawak yg dapat saya lihat dari tingkap van tersebut..terasa alam semulajadi ciptaan Allah ini begitu indah sekali..padi yg sangat indah menguning dan begitu luas sekali, rumah kampung yang dikelilingi bukit2 indah dan hutan2 yg sungguh segar dan menyamankan.. terasa mahu terus hidup dan tetap tinggal di dalamnya.. luasnya sarawak..terasa luas sejauh mata memandang rasanya... banyak kampung yg kami lalui sebelum tiba ke destinasi kami di kampung tebun.. sebelum menyambung panjang cerita, sebenarnya, ketika di al-amin, kuching, kami ada perjumpaan bersama Ikram Kuching bagi membuat sedikit penyampaian.. wakil Ikram Kuching menerangkan tentang badan tersebut, wakil kembara dakwah kami juga menyampaikan apa yg kami nak buat sbnrnya. Kami ada singgah di serian sebenarnya untuk penyampaian dari badan dakwah darul hikmah.. kemudiannya terus  bergerak ke simunjan.. Kampung tebun terletak di daerah simunjan ya.. :) Kami ada singgah makan  sebenarnya di daerah simunjan ini kalau tak silap saya.. di serian tadi, kami berhenti seketika untuk menunaikan solat jamak zuhur dengan asar.. bagi yang ada kamera tu, tak lekang dari mengambil gambar setiap kawasan yg indah2 belaka di sarawak ni.. bagi saya sarawak lain sangat daripada kuala lumpur.. Tahniah zainab kerana berjaya sampai ke sini.. yg lain pun lagilah tahniah!!!



" Kampung tebun".. tiba2 kami lihat sign board yg tertulis perkataan ini.. wah, dah nak sampailah.. alangkah excited dan seronoknya kami.. :) makin dalam kami masuk, kami lihat ada ramai org sedang menunggu kehadiran kami.. Assalamualaikum Kampung tebun... endai2 dan apai2 semua.. :D "Selamat datang ya kitak ke kampung tebun ni.." Setelah turun dari van, kami semua dengan wajah yg manis menyapa penduduk kampung di situ dan naik ke  atas surau untuk sedikit taklimat selamat datang..hehe.. pada mulanya, memang tak faham apa yg wakil darul hikmah cakap dalam bahasa iban.. cuma adalah sikit2 je yg nak dekat mcm bahasa melayu tu fahamla..hehe.. geli hati jugakla.. ye lah sbb kita tak faham kan... apa yg saya faham, tuan tu cakap, kita kena layan mereka ni macam anak sendiri... kita kasi dia makan mcm anak2 kita makan juga.. jgn takut rezeki habis.. itu adalah antara perkataan yg saya faham..:) Selepas taklimat dan ucapan dari wakil2 dan pihak2 atasan kampung dan kami sendiri.. Sedikit makan2 dan minum petang disediakan untuk kami.. Dari situlah kami mula rapat dengan endai2... dari situ jugaklah kami mula nak belajar bahasa iban ni..pada mulanya biskut dipanggil roti..hehe.. mereka panggil kueh juga..cantik adalah badas... sedap adalah nyamai.. minum adalah nyirup.. apa lagi ya???  bnyk lagi..tapi inilah antara perkataan pertama yg kami tahu dan belajar sesampainya di sana.. memang pengalaman indah.. sekarang ni nk blaja bahasa dahla mahal kan..:)


Selepas minum petang, di tempat yg sama juga iaitu di bawah surau, proses pembahagian keluarga angkat pun bermula.. masing2 berwajah gembira mendapatkan keluarga masing-masing... saya mendapatkan endai salamah.. bagi saya endai ini sungguh hebat.( nnt kita cerita ya pasal endai ni) akhawat di bahagikan kepada dua rumah saja.. disebabkan oleh bbrapa masalah spt ksmpitan rumah yg  x muat untuk kami akhawat.. tapi x mengapa, rumah2 endai semua memang badas2 dan nyaman..:) disebabkan itu, kami kena tinggal di rumah keluarga angkat yg lebih luas dan besar.. satu rumah lebih kurang 8 org akhawat.. bagi ikhwah, rumah mereka banyakla sikit.. :) Setelah itu, kami dibawa oleh endai2 kami masing2 untuk melawat ke rumah kami.. subhanallah.. uniknya.. kenapa saya kata macam ni? aimi atikah, jwpnnya? haha..sbb rumah endai salamah ni penuh dengan lukisan yg begitu indah sekali di dinding rumahnya..penuh dinding.. betapa kuatnya nilai emosi mereka di sini.. mereka sangat menghargai alam..:) indahnya hidup di dalm lukisan itu..saya seakan-akan merasai jiwa yang ingin disampaikan melalui lukisan tersebut. Rupa-rupanya lukisan itu dilukis oleh anak sulung endai salamah.. iaitu abang kami, ayah kepada izzati yang comel..  itulah, mereka ini sangat kaya dan hebat dengan sesuatu yg sebenarnya kita tiada.. Kami begitu teruja sekali melihat dinding2 yang penuh dengan coretan emosi kebahagiaan kehidupan mereka di sini.. saya tabik!!! Rumah saya diduduki oleh saya, afif , aimi , aina, cikgu ain, kak madiha, Marsya dan basirah. Pada mulanya, ahli keluarga kami cuma endai dan apai sahaja. Anak-anaknya tinggal di tempat lain untuk tujuan belajar dan sebagainya.

Saturday 1 October 2011

Maksiat merosakkan kesihatan???? ye ke??? jom tengok kenapa agaknya...

Salam ukhuwwah kawan-kawan dan seluruh umat islam di dunia ini dan yang sangat berbesar hati untuk menjadi follower saya..haha.. Alhamdulillah... apa khabar iman, emosi, rohani dan mental anda semua? jangan risau kalau saya tak tanya tentang kesihatan anda kerana sihatnya dalaman anda sudah tentu luaran anada juga sihat.. tapi itu tidak bermaksud anda tak perlu makan... sebelum hajat perbicaraan sebenar terserong, eloklah kiranya saya singkatkan berbasa-basi ini bagi menjimatkan masa... Alhamdulillah... saya baru sahaja menyelak dan membaca satu artikel yang amat best informasinya daripada majalah solusi!!! excited benar saya untuk menceritakannya...bismillahirrahmanirrahim...sihat tanpa maksiat,itulah tajuk yang begitu menarik dan mencengkam qalbu saya melalui majalah solusi ini.

Bagaimana maksiat boleh menyebabkan kita sakit? atau.... tajuk ni saja nak trap kita je...padahal nak cakap pasal mental dan emosi yang tak sihat je.. islam kan macamtu...-pasti minda anda memikirkan perkara2 ini bukan? itulah..kita tak sedar yang maksiat dapat hilangkan kesihatan badan kita juga...APA? BADAN KITA.. OK, U MEAN OUR PHYSICAL???-mesti anda terkejut.. ya..ya..tepat sekali fizikal kita... banyak sangat fakta2nya... dan pasti ada segelintir daripada kita merasainya.. memang semua kita merasainya juga kerana manusia tidak terlepas dari melakukan dosa walakin maksiat batin atau yang tidak nampak seperti penyakit hati... fimithal(amboi cakap arab sudah..izinkan ye..hehe..),hasad, sombong,dengki,cinta dunia,riya' dan banyaaak lagi..bak kata nabil rajalawak,yang lain2 tu lu fikirla sendiri...haha.. apa contoh penyakit dia??? nak tahu..ehh..takutnye..kot2la kita pun ada..jom tengok..sediakan payung sebelum hujan.. prevention is better than cure..jom lihat...

1. tekanan emosi dan mental akan berlaku, sbg contoh orang yang terlalu nakkan dunia,hatinya tak tenang...peredaran darah jadi tak stabil... degupan jantung pun tak sekata.. kadang2 bedegup kencang..kadang2 tu rilek..biasala ...slalunye org yg dilamun cinta..sampaikan makan tak kenyang,,masyaAllah..tidur tak lena..hey teruk tu..!..mandi tak basah ?? haha...macam mana tu?? tu betul2 sakit dah tu..sian..nauzubillah la kita...

2. kalau orang yang berzina,tahu2la penyakit dia..siphilis,aids,hiv..nauzubillah...orang yang mencuri, hati dia tak tenang, keyakinan diri dan aura kepimpinan dia pun boleh turun... cuba try tak caye... eishhh..tapi janganlah... nanti saya yang menyuruhnya lagi teruk padahnye..hehe..main2 jer..


okla... sampai sini sahaja coretan saya pada masa ini..mungkin kalau ada tersalah info ke harap betulkan...semoga berjaya di dalam kehidupan...ameen...

Saturday 26 March 2011

SALAM UKHUWWAH SEMUA...

Assalamualaikum w.b.t semua. Alhamdulillah,siap jugak proses sign up blog kepunyaan saya dan semua nie...bukannye ape letak nama blog ni dengan blogsayadansemua,sebab ana just nak kita semua dapat berkongsi dan merasai suka-duka yang boleh kita share dalam blog ni bersama-sama.Kalau boleh kita janganlah terlalu lama kat depan komputer dok melayan blog je... kita perlu melalui kehidupan yang sihat dan menyeluruh seperti ada masa untuk kita bersenam,bersahabat,beribadah,makan,mandi,tidur dan lain-lain. Mawaddah wa rahmah pulak ana letak sebagai title blog adalah kerana fitrah manusia dan diri ana inginkan ketenangan dan kasih-sayang. Mudah-mudahan blog ini INSYAALLAH akan menjadi salah satu medium yang boleh menyampaikan Mawaddah wa Rahmah kepada kita semua... ameeen.... My name is Happy Zainab because i am the one who want to deserves happiness in my life...

Untuk permulaan, ana lebih suka untuk berkongsi mengenai mawaddah wa rahmah.Sebagai contoh, boleh tak kita mengulangkaji pelajaran kalau kita berada di dalam keadaan hati yang tidak tenteram dan tidak merasai kebahagiaan dan kasih-sayang? memang pastilah tak dapat kan?!!! Ana yakin dan pasti bahawa kita semua pasti sudah berpengalaman dalam perkara-perkara seperti ini.. huru-hara suuungguhhh kehidupan tanpa perasaan mawaddah wa rahmah... ada banyak faktor yang menyebabkan tiadanya perasaan mawaddah wa rahmah di dalam hati kita.Antaranya ialah apabila hati kita jauh daripada Allah iaitu sumber kuasa utama dan sumber kasih-sayang yang terbesar di dalam kehidupan kita atau lebih mudah kita katakan hati yang kosong dan tidak diisi sesuatu. Sebagai umat islam, iman pastinya telah memenuhkan hati kita dan kita berasa selamat dan bahagia di bawah pengawasan dan kasih-sayang ALLAH.