Saturday, 5 May 2012

Kembara Dakwah Bumi Kenyalang Part 3... ;D

Selamat pagi Kampung Tebun.. Allahuakbar Allahuakbar.. Laungan azan jelas kedengaran di pagi hari.. air sejuk memang menusuk ke tulang. Segar betul pagi di Kampung Tebun. Para ikhwah KD Sarawak seperti biasa mengemudi surau melalui aktiviti seperti solat berjemaah ini. Salah satu kunci untuk menarik rasa cinta di hati para penduduk kampung terhadap nilai Islam.:) Solat masih lagi perlu dipantau  sebenarnya dalam kalangan penduduk kampung Tebun ini.. yalah kan.. mereka kebanyakannya baru sahaja masuk agama Islam. Belum cukup kukuh kefahaman agama mereka. Kitalah yg perlu  membantu dari segi kekuatan bekalan yg kita ada ini.. Serahkan sajalah semuanya pada Allah.. kita usaha.. hasilnya biarlah Allah yg menilai..;) Selepas menunaikan solat, terasa begitu indah dan nyaman sekali suasana kampung. Bila dah pagi, pintu rumah pun dibuka.. dapatlah kami melihat suasana di luar rumah pada waktu pagi.. segarnya... dah, cukup tengok2 luar rumah tu.. meh sini tolong mak masak.. hehe... biasalah kami beramai2 tolong masak-memasak... beginilah rutin harian kami di Kampung Tebun..  Bermuayashah dan terus bermuayashah.. di situlah kunci kerapatan dan ruang utama untuk menarik para penduduk agar lebih teguh pegangan Islam mereka. Bagi yg belum memasuki Islam,  di sinilah kami cuba untuk menarik hati mereka ke Arah agama suci ini. Indahnya muayashah. Sangat mengikut sekali ayat ini " tiada paksaan di dalam agama". Peluang dan ruang perlulah diberikan kepada mereka. Bukakan ruang kepada mereka untuk meluahkan dan mengekspresikan perasaan, budaya dan cara hidup mereka. Dari situ kita akan mula belajar sesuatu. Mudahlah untuk kita membuat sedikit pengkajian.


Pelbagai aktiviti yg telah disusun dan dirancang dilaksanakan dengan baik sekali. :) bagusnya ukhuwah para peserta lkd kita ni. Subhanallah! :D Kelas fardhu ain dilaksanakan dengan begitu lancar sekali. Anak-anak kecil kampung Tebun sangat gembira untuk menghadiri kelas yg telah kami susun khas buat mereka. Kata ibu bapa mereka, mereka sgt seronok dan berbahagia dengan kehadiran kami.. moga2 kami dapat mengajar anak2 mereka ilmu yg bermanfaat termasuklah bahasa inggeris dan lain2... haha.. jadi cikgulah kiranya ni...hehe.. haibat..haibat..hehe.. Budak2... biasalah..kita kena banyak sabar... banyak karenah mereka... ada yg terlalu aktif .. kerjanya nak main saja.. ajar mereka ni kena kreatif sikit... selitkan games dan perkara2 yg boleh membawa kepada keseronokan kepada mereka... Di sinilah pemikiran kami menjadi lebih luas..wow.. hehe... Antara apa yg diajar di kelas fardhu ain kami ialah Solat dan Iqra'... memang seronok.. moga  diredhai Allah segala apa yg kita lakukan ini.. amin..:) Selain daripada itu, kami ada mngajar mereka menulis, melukis dan macam2 lagi..hehe..ikut keadaan juga... :) lama kelamaan mereka sudah biasa dengan kami. Kasih sayang antara kami semakin tererat. Sukar melupakan detik2 manis bersama adik2 ini. :') Segala kenangan manis kami di sini tak mampu saya coretkan di dalam blog yg x seberapa ini... x boleh dijual beli pengalaman ini.. terharunya.. subhanallah...


Sampai kepada hari yg seterusnya... aktiviti gotong-royong dan Rewang... Sangat2 menyeronokkan..:) Tugas2 diagaihkan dengan begitu baik. Kerjasama begitu erat sekali antara kami... Alhamdulillah... Memang cantik betul sekarang ni surau di Kg.Tebun... sudah dicat baru dgn warna yg lebih ceria... dalamnya dibersihkan, dicuci tingkapnya, disusun apa2 yg patut, di mop lantainya.. masyaAllah.. bagus2...!!! Tahniah ikhwah akhawat... Aktiviti rewang pula memang seronok.. endai2 dan apai2 cukup bersemangat sekali membantu menyiapkan kawah, menyediakan ayam pansuh dan banyak lagi kerja2 yg mereka bantu. haybat..haybat.. :D Semoga Allah membalasi mereka dengan sebaik2 balasan..amin...Para akhawat menyiapkan masak sayur di dapur.. Kak Kam menyumbangkan resipi donutnya yg begitu enak  sekali.. yummy..:) memang sedap donut coklat itu..hehe... macam2 lagi yg kami bantu di dapaur. Ukhuwah kami terasa begitu erat. Kami buat semuanya InsyaAllah lillahi taala.. :) Semoga akhlak mulia yg kami tunjukkan ini dapat dijadikan contoh kepada penduduk kampung..InsyaAllah...akhirnya segala lauk pauk sudah siap... Selepas sahaja habis selesai solat Jumaat, makanan pun kami sediakan di dewan. Semua pun makan dengan gembiranya.. Alhamdulillah..:)




2 comments: