Sunday 20 May 2012

Memory..im gonna miss you..

Assalamualaikum semua..:) Apa khabar iman anda semua?? Moga-moga di dalam kebahagiaan dengan tenangnya hati dan tingginya tahap ketaqwaan hari ini.. Memory..im gonna Miss you..membawa anda seperti di awang-awangan sedikit bagi mengimbas kembali memori-memori indah anda semua.. :') memang sedih kan bila terfikirkan semula memori-memori dan bibit-bibit indah di dalam kehidupan kita semua... Bersama kawan-kawan, tempat yang indah di mana amat dekat dengan keadaan kita di waktu itu.. suasana tempat tersebut.. rasa keindahan perasaan dan aura suasana yg sungguh mengasyikkan dan mengindahkan hari kita di saat itu.. Mungkin ada yang berfikir, memanglah..budak lepasan spm.. rindu sekolah lah tu.. Saya tidak hnya spesifik kepada memori kita di sekolah ya.. tetapi juga memori2 kita bersama keluarga, adik-beradik, sanak-saudara di kampung halaman ketika kita masih kecil.. lebih-lebih meriah lagi Memori ketika menjalani ibadah puasa bersama keluarga... dan juga sambutan hari Raya AIDILFITRI.. Alhamdulillah..indahnya hidup ini..

Pernahkah kita mensyukuri atas nikmat memori-memori indah ini kepada Allah s.w.t? Tidak semua manusia merasakan saat-saat indah ini.. Sebenarnya nikmat saat-saat indah dan kebahagiaan ini merupakan salah satu rezeki daripada Allah s.w.t... bagi yg kini masih belum atau jarang2 merasainya, marilah dekatkan diri kepada Allah s.w.t agar hati kita sentiasa bahagia, tenang dan tetap merasakan setiap saat itu terindah walaupun sebenarnya pahit dari segi logik akal..tapi bagi kita yg beriman.. itu adalah anugerah dari Allah bagi mematangkan kita dan membuatkan kita lebih bijak menyelesaikan permasalaham kehidupan...dan percayalah.. setiap kali masalah itu dapat diatasi dan diselesaikan..dan berlalu..pasti kita dengan tiba-tibanya akan hadir satu perasaan lega, puas dan nikmat akan masalah tersebut..Alhamdulillah..terima kasih ya Allah.. perbanyakkanlah beristighfar agar Allah memberikan rezeki kepada kita dan kebersihan hati.. hati yg bersih mampu merasai nikmatnya di setiap saat di dalam kehidupan.. :)

Bila bercakap tentang memori ni.. tiba-tiba saya teringat pula memori-memori waktu di Sekolah Menengah Islam Al-amin Gombak dulu-dulu.. :') serious... terlalu rindu..Allahuakbar... sudahlah tidak dapat berjumpa lagi dengan sahabat-sahabat perjuangan yang amat disayangi.. bersama-sama melalui saat-saat susah senang sepanjang dunia sekolah-sekolah dulu..Saya rindu itu semua..( tiba2 rasa sebak pulak ni.. kwl emosi..kawal emosi..) ok, maaf..hehe..  Kenangan yg seterusnya pastinya mukhayam lkd.. MasyaAllah.. tak habis nak ceritanya.. seterusnya lkd, kembara dakwah.. semuanya memberikan kenangan yang cukup manis dalam hidup saya..Alhamdulillah.. Terima kasih ya Allah kerana telah memberikan memori-memori indah ini bagi mencukupkan rasa di dalam kehidupan hambamu ini ya Allah.. Marilah kita mensyukuri nikmat Allah yang tiada bandingannya ini..:)

1 comment:

  1. Maaflah..penulis akan sentiasa mengupdate semula post2 yg mana rasanya kekurangan perasa..hehe..:)

    ReplyDelete