Wednesday, 28 March 2012

Kembara dakwah di bumi Kenyalang...

Assalamualaikum semua..:) lama x menulis lagi dlm blog ni.. Alhamdulillah... dlm minggu lalu, saya berpeluang dengan izin Allah mengikuti sebuah program kembara dakwah.. :) seronok sangat... rasa mcm tak nak balik.. hehe...Alhamdulillah... pengembaraan bermula dengan perjalanan menuju ke KLIA secara beramai-ramai.. semua peserta LKD -( Bg yg x tahu, lkd means latihan kader dua't bagi pljr lepasan spm yg dipilih o sekolah, kiranya mcm wakillah kot..hehe)..  pada mulanya, jap, nk cerita kisah peribadi sikit..cewah..haha.. rasa susah sgt sbnrnya waktu nk pergi tu..mcm2 masalah..Allah sajalah yg tahu.. masalah homesickla..-wktu lkd sbnrnya.. tapi tiba2, semuanya bertukar menjadi perjalanan yg sgt menggembirakan dan mengharukan.. subhanallah.. betullah, kalau kita tolong agama Allah, Allah akan tolong kita.. jadi semua, jgn risau ok..bnyk2 berdoa je agr dipermudahkan..amin..:D



Setibanya di KLIA dengan jadual perjalanan menaiki bas dari Sekolah Menengah Islam Al-amin Bangi pada jam lebih kurang 5.30 pagi ke KLIA, yg tadinya mengantuk sangat waktu dlm bas tidur dgn lenanya... tiba2 jadi mcm semangat nampak banyak kapal terbang dekat situ.. dapat pulak bawak troli yg mcm kereta tu.. siap ada brek lagi troli tu..mana tak hepi..hehe...Kawan2 akhawat saya yg lain pun nmpk begitu bersemangat meneruskan misi dakwah mereka.. untuk pengetahuan semua, mungkin saya ni excited lebih sebab ini first time saya datang ke KLIA, nak nak pulak first time naik kapal terbang... memang sangatlah seronok sebenarnya.. hehe... baiklah, selepas masuk ke dalam klia, mcm biasa bagi kad i.c untuk dapatkan apa2 yg patut di kaunter dan check in .. sebelum tu, waktu subuh dah pun masuk, mmg susah sgt nk masuk utk solat dlm suraunya yg agak kecil dan menjadi sempit dgn orang yg sangat ramai masuk ke dalam surau untuk menunaikan solat subuh.. Alhamdulillah.. bagus kan ... ramai rupanya umat islam yg setia dengan solat subuhnya walaupun bersesak-sesak di situ.. bagus2... terima kasih asma' sbb pinjamkan kain nt untuk ana solat..- ops, dah keluar topik..hehe.. sbnrnya kami telah dikumpulkan sekaligus di klia ini bagi semua ikhwah dan akhawat kembara dakwah ke sabah dan sarawak sekali..:) rasa sedih jugaklah sbb nk berpisah dengan kawan2 akhawat kita yg nak ke sabah ni.. tidak mengapa, misi dakwah perlu diteruskan..



Flight dah ready untuk on air!!! hehe... mcm radio je..  dkt dlm MAS tu dapat pulak duduk sebelah tingkap.. masyaAllah... seronoknya hanya Allah sajalah yg tahu.. terima kasih MAS..hehe... waktu nak naik ke udara tu, saya sangat teruja melihat keunikan ciptaan Allah.. segala macam hutan2 yg sangat indah.. air sungai yg mengalir dengan cantiknya.. dan segala pergerakan yg sangat sistematik dari bawah..  rumah2 dan kereta yg kelihatan mcm mainan je.. kalau manusia agaknya mmg x nmpk dah..lebih kecik dari dot kot kalau dari atas.. wallahua'lam.. tapi dari atas itu, mmg sy x nmpk langsung walau satu pun penduduk bumi yg berjalan di atas bumi.. kereta adalah.. semakin atas kapal terbang, semakin x jelas lagi pemandangan indah bumi yg dapat saya lihat dari atas... tapi saya dapat lihat sesuatu yg lebih cantik, iaitu langit indah ciptaan Allah.. sy mcm tersampuk dengan keindahan ciptaan Allah ini.. subhanallah.. alhamdulillah.. asatghfirullah.. kerdilnya kita... :'D.. rasa macam dekat tempat salji pun ada dekat atas awan tu.. sy tersenyum sendiri di tepi tingkap..hati rasa teruja tak terkata.. wah!!! subhanallah- ni nk cerita kmbara dakwah ke pnglmn naik flight!! hehe.. sory semua...  waktu nak mendarat tu... sekali lagi saya dapat lihat keindahan bumi ciptaan Allah.. saya nampak yg dekat kawasan sarawak pula.. Alhamdulillah laut china selatan yg pada mulanya sy sangkakan hutan pun dapat sy lihat kalau x silap saya.. sbb takkanla hutan bergerakkan.. dari atas, pergerakan laut tersebut sangat perlahan..... tak taula berapa saatkan..hehe..



Rumah panjang pun Alhamdulillah sy dapat lihat.. tak taula rumah panjang lama ke atau versi moden.. tapi walau apa2pun.. saya rasa sangat teruja.. subhanallah.. sampan2 yang bergerak pun saya dapat lihat.. sangat perlahan ..nampak mcm x bergerak pun..tapi air sungai tu nampak mcm keruh sbb mcm ada enjin keluar dari sampan tu.. maaf kalau sy silap itu sampan ke feri, sbb bentuknya mmg mcm sampan... hehe..:) Alhamdulillah.. akhirnya kami Kader dua't bahagian Sarawak selamat tiba ke destinasi, tuan!!! hehe... seribanya di sarawak, biasalah, nak pack2 balik semua bag2 yg tadinya diletakkan di bhgn  tmpt  simpan barang dlm flight... lepastu, semua bag2 kami jadi lawala.. ada tambah2 sikit  accessories pelekat2 dari KLIA.. hehe.. xpe, mmg kenangan tu..simpan baik2.. Alhamdulillah.. ada van-van sedang menunggu kami setelah kami beratur kejap untuk check ic dan apa2 dokumenlah...satu van penuh diisi dengan bag..hehe.. satu lagi van untuk akhawat.. satu lagi ikhwah.. dan yg satunya lagi, van yg saya duduk.. separuh ikhwah separuh akhawat..:) dan perjalanan kami pun berhenti seketika untuk berehat semalaman ke al-amin kuching.. sangat best.. ada tv pulk tiba2..hehe.. Apa yg saya tahu, kawan2 kita di sabah terus direct ke rumah keluarga angkat mereka kan.. bagus2.. antunna semua lebih lama bersama dengan keluarga angkat antunna.. kami pulak, rehat dulu.. jgn jeles ya..hehe.. takdelah..semua sama je..



Alhamdulillah.. kami rehat2 dulu di al-amin kuching.. kami buat kerja sikit2... yelah, persiapan untuk ke sana.. apa yg kami buat ialah sediakan set alif ba ta untuk kelas fardhu ain anak2 kecil di kampung tebun nanti..:D semalaman telah pun berlalu..hati kami semua sangat berkobar2 semangatnya untuk ke pedalaman.. Kampung tebun nama diberi, buat kami tak sabar nak pergi.. hehe.. waktu nak pergi ke sana, biasalh perasaan tu mcm rasa takut sedikit untuk berhadapan dengan penduduk kampung yg kemungkinannya x berapa baik islamnya..jadi, kita ini yg kena sampaikan sesuatu kepada mereka secara  tak langsung..muallimah Dayang pesan, bnykkn mua'yasyah dengan mereka... betul tu.. tunjukkan melalui akhlak kita dulu.. akhlak mencerminkan peribadi..tak gitu?? Perjalanan ke sana dengan menaiki van terasa sangat indah bagi saya kerana keindahan sarawak yg dapat saya lihat dari tingkap van tersebut..terasa alam semulajadi ciptaan Allah ini begitu indah sekali..padi yg sangat indah menguning dan begitu luas sekali, rumah kampung yang dikelilingi bukit2 indah dan hutan2 yg sungguh segar dan menyamankan.. terasa mahu terus hidup dan tetap tinggal di dalamnya.. luasnya sarawak..terasa luas sejauh mata memandang rasanya... banyak kampung yg kami lalui sebelum tiba ke destinasi kami di kampung tebun.. sebelum menyambung panjang cerita, sebenarnya, ketika di al-amin, kuching, kami ada perjumpaan bersama Ikram Kuching bagi membuat sedikit penyampaian.. wakil Ikram Kuching menerangkan tentang badan tersebut, wakil kembara dakwah kami juga menyampaikan apa yg kami nak buat sbnrnya. Kami ada singgah di serian sebenarnya untuk penyampaian dari badan dakwah darul hikmah.. kemudiannya terus  bergerak ke simunjan.. Kampung tebun terletak di daerah simunjan ya.. :) Kami ada singgah makan  sebenarnya di daerah simunjan ini kalau tak silap saya.. di serian tadi, kami berhenti seketika untuk menunaikan solat jamak zuhur dengan asar.. bagi yang ada kamera tu, tak lekang dari mengambil gambar setiap kawasan yg indah2 belaka di sarawak ni.. bagi saya sarawak lain sangat daripada kuala lumpur.. Tahniah zainab kerana berjaya sampai ke sini.. yg lain pun lagilah tahniah!!!



" Kampung tebun".. tiba2 kami lihat sign board yg tertulis perkataan ini.. wah, dah nak sampailah.. alangkah excited dan seronoknya kami.. :) makin dalam kami masuk, kami lihat ada ramai org sedang menunggu kehadiran kami.. Assalamualaikum Kampung tebun... endai2 dan apai2 semua.. :D "Selamat datang ya kitak ke kampung tebun ni.." Setelah turun dari van, kami semua dengan wajah yg manis menyapa penduduk kampung di situ dan naik ke  atas surau untuk sedikit taklimat selamat datang..hehe.. pada mulanya, memang tak faham apa yg wakil darul hikmah cakap dalam bahasa iban.. cuma adalah sikit2 je yg nak dekat mcm bahasa melayu tu fahamla..hehe.. geli hati jugakla.. ye lah sbb kita tak faham kan... apa yg saya faham, tuan tu cakap, kita kena layan mereka ni macam anak sendiri... kita kasi dia makan mcm anak2 kita makan juga.. jgn takut rezeki habis.. itu adalah antara perkataan yg saya faham..:) Selepas taklimat dan ucapan dari wakil2 dan pihak2 atasan kampung dan kami sendiri.. Sedikit makan2 dan minum petang disediakan untuk kami.. Dari situlah kami mula rapat dengan endai2... dari situ jugaklah kami mula nak belajar bahasa iban ni..pada mulanya biskut dipanggil roti..hehe.. mereka panggil kueh juga..cantik adalah badas... sedap adalah nyamai.. minum adalah nyirup.. apa lagi ya???  bnyk lagi..tapi inilah antara perkataan pertama yg kami tahu dan belajar sesampainya di sana.. memang pengalaman indah.. sekarang ni nk blaja bahasa dahla mahal kan..:)


Selepas minum petang, di tempat yg sama juga iaitu di bawah surau, proses pembahagian keluarga angkat pun bermula.. masing2 berwajah gembira mendapatkan keluarga masing-masing... saya mendapatkan endai salamah.. bagi saya endai ini sungguh hebat.( nnt kita cerita ya pasal endai ni) akhawat di bahagikan kepada dua rumah saja.. disebabkan oleh bbrapa masalah spt ksmpitan rumah yg  x muat untuk kami akhawat.. tapi x mengapa, rumah2 endai semua memang badas2 dan nyaman..:) disebabkan itu, kami kena tinggal di rumah keluarga angkat yg lebih luas dan besar.. satu rumah lebih kurang 8 org akhawat.. bagi ikhwah, rumah mereka banyakla sikit.. :) Setelah itu, kami dibawa oleh endai2 kami masing2 untuk melawat ke rumah kami.. subhanallah.. uniknya.. kenapa saya kata macam ni? aimi atikah, jwpnnya? haha..sbb rumah endai salamah ni penuh dengan lukisan yg begitu indah sekali di dinding rumahnya..penuh dinding.. betapa kuatnya nilai emosi mereka di sini.. mereka sangat menghargai alam..:) indahnya hidup di dalm lukisan itu..saya seakan-akan merasai jiwa yang ingin disampaikan melalui lukisan tersebut. Rupa-rupanya lukisan itu dilukis oleh anak sulung endai salamah.. iaitu abang kami, ayah kepada izzati yang comel..  itulah, mereka ini sangat kaya dan hebat dengan sesuatu yg sebenarnya kita tiada.. Kami begitu teruja sekali melihat dinding2 yang penuh dengan coretan emosi kebahagiaan kehidupan mereka di sini.. saya tabik!!! Rumah saya diduduki oleh saya, afif , aimi , aina, cikgu ain, kak madiha, Marsya dan basirah. Pada mulanya, ahli keluarga kami cuma endai dan apai sahaja. Anak-anaknya tinggal di tempat lain untuk tujuan belajar dan sebagainya.

4 comments:

  1. nab!
    hihi.nice moment for u right?hehe

    ReplyDelete
  2. hehe..ok..ok.. terima kasih..hehe.. syaza: okeh..alright!! hehe
    beah: haha.. yes..very nice moment.. Alhamdulillah..:D

    ReplyDelete
  3. ops sory, ni komputer izzah..kita guna komputer dia tau..hehe..:P

    ReplyDelete