Saturday, 26 March 2011

SALAM UKHUWWAH SEMUA...

Assalamualaikum w.b.t semua. Alhamdulillah,siap jugak proses sign up blog kepunyaan saya dan semua nie...bukannye ape letak nama blog ni dengan blogsayadansemua,sebab ana just nak kita semua dapat berkongsi dan merasai suka-duka yang boleh kita share dalam blog ni bersama-sama.Kalau boleh kita janganlah terlalu lama kat depan komputer dok melayan blog je... kita perlu melalui kehidupan yang sihat dan menyeluruh seperti ada masa untuk kita bersenam,bersahabat,beribadah,makan,mandi,tidur dan lain-lain. Mawaddah wa rahmah pulak ana letak sebagai title blog adalah kerana fitrah manusia dan diri ana inginkan ketenangan dan kasih-sayang. Mudah-mudahan blog ini INSYAALLAH akan menjadi salah satu medium yang boleh menyampaikan Mawaddah wa Rahmah kepada kita semua... ameeen.... My name is Happy Zainab because i am the one who want to deserves happiness in my life...

Untuk permulaan, ana lebih suka untuk berkongsi mengenai mawaddah wa rahmah.Sebagai contoh, boleh tak kita mengulangkaji pelajaran kalau kita berada di dalam keadaan hati yang tidak tenteram dan tidak merasai kebahagiaan dan kasih-sayang? memang pastilah tak dapat kan?!!! Ana yakin dan pasti bahawa kita semua pasti sudah berpengalaman dalam perkara-perkara seperti ini.. huru-hara suuungguhhh kehidupan tanpa perasaan mawaddah wa rahmah... ada banyak faktor yang menyebabkan tiadanya perasaan mawaddah wa rahmah di dalam hati kita.Antaranya ialah apabila hati kita jauh daripada Allah iaitu sumber kuasa utama dan sumber kasih-sayang yang terbesar di dalam kehidupan kita atau lebih mudah kita katakan hati yang kosong dan tidak diisi sesuatu. Sebagai umat islam, iman pastinya telah memenuhkan hati kita dan kita berasa selamat dan bahagia di bawah pengawasan dan kasih-sayang ALLAH.

No comments:

Post a Comment